HOME

Monday, August 20, 2012

AIDILFITRI Part 2: Resepi dodol turun temurun

Hari raya ke-2, semua orang sibuk beraya. Kami sepupu sepapat pulak sibuk mengacau dodol. Orang kacau dodol sebelum raya. heheheheehhe...kalo nak kacau sebelum raya, sapa nak kacau??? tok' kami dah tua, so kene la tunggu cucu2 cuti raya...hahhhh..kan ramai cucu lelaki nihhh...

semua cucu2 gagah perkasa, sampaikan habis bocor kawah dodol...kesian tok', tapi tak pe...cucu menantu dah gantikan yang baru. haaiisshhh...cucu menantu baru tahun pertama balik beraya dah bocorkan kawah tok'. Selama ni tok' guna, elok2 jer....

mencari kayu api

ni kene buli ker rela hati ni

Tok' membebel sebab cucu2 dia degil. Tok pesan api tu jangan besar' sangat. Depa semua tak mau dengar'. Pakat2 nak cepat sebab dah plan nak pi mandi air terjun.

dah tua tok' olin ni...semuga dianugerahkan kesihatan yang baik...amin...

Kenangan yang sangat bermakna. Bukan senang nak berkumpul semua sekali camni.

Sunday, August 19, 2012

AIDILFITRI Part 1: Salam Perantau

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...Mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa serta buruk budi bicara...

Sepatutnya tahun ni turn olin beraya rumah encik hubby di Kelantan. Tapi disebabkan ada beberapa perkara yang x diingini berlaku, tetiba jer kami sekeluarga beraya di kampung halaman ayah olin di Kedah...

ni la adik olin yang x pernah jumpa sawah

wahhhhh...bukan senang nak jumpa sawah padi menghijau ni...

Friday, August 10, 2012

BERNAS | Iklan Hari Raya 2012

hari ni bila buka fb semua orang asyik bercerita mengenai iklan sempena menyambut hari raya 2012...
kenapa dengan iklan tu??? menarik sangat ker, semalam tak tengok tv...so tak tau pun pasal iklan tu...
katanya penceritaan dalam iklan tu sangat sebak menusuk kalbu...ni nak try search juga kat youtube...

hhhhaaaahhhhhhhh...lama jugak iklan nih, lebih dari 7 minit...
memang sedih menyentuh kalbu...terutama pada minit2 terakhir....
sebagai pengajaran, dalam kegembiraan kita meyambut Aidilfitri yang bakal tiba ni...jangan la kita melupakan insan2 yang tidak bernasib baik dan serba kekurangan yang berada di luar sana...

Thursday, August 9, 2012

Cara float iklan Nuffnang di blog tanpa close button di sidebar

Puas mencuba akhirnya berjaya juga...
yeeaayyyy...olin dah berjaya meletakkan iklan nuffnang floating di sidebar...
kepada rakan2 blogger yang nak letak iklan nuffnang macam yg ada dalam blog olin ni sila2 la follow cara di bawah...

pergi ke DESIGN :: PAGE ELEMENT :: ADD GADGET :: HTML

kemudian, copy and paste kod dibawah

Paste kod Nuffnang anda di sini...sini...sini

kemuadian SAVE

**boleh tukar sama ada nak letak sebelah kanan atau kiri**

dah pon siap... so hasilnya seperti di bawah...

selamat mencuba...

clik SAVE
siap.... mudah kan...##selamat mencuba##

Tips mudah untuk menggosok baju batik sutera

kepada mereka2 yang malas nak menghantar dry cleaning baju macam olin ni,
boleh la ikut cara olin.... hahahahha...ni dinamakan penjimatan...
caranya mudah sahaja,
masukkan baju ke dalam plastik
pastu...masukkan plastik tersebut ke dalam peti ais (bahagian sejuk beku)...
tunggu sehingga baju tersebut sejuk... lagi lama, lagi bagus...
bila baju dah sejuk, bolehla mula menggosok...
sangat mudah...semua kedutan halus akan hilang dengan mudah...
cuba tau...jangan tak cuba...lalalallaallalllaaa....

Saturday, August 4, 2012

Oreo Cheese Cake

terasa nak try buat cheese cake sendiri hari nih...
sebelum ni asyik makan yang pn. ummi buat jer...
kali ni dia bagi resepi sbb dia dah tak larat nak buat...

Bahan-bahan lapisan biskut oreo
• 9 keping biskut oreo (96g)
• 20g butter
Cara-cara
1. Masukkan biskut oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur.
2. Masukkan butter yang telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul.
3. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat.

Bahan-bahan cheese cake ( 18 cm )
• 250g cream cheese
• 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
• 2 sudu besar jus lemon
• 3 sudu besar tepung gandum
• 2 biji telur
• 90g gula

Cara-cara
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok (oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yang telah diisi dengan biskut dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

alhamdulillah...menjadi jugak akhirnya...tapi rasa masam sikit sebab terlebih jus lemon...
x per next time boleh cuba lagi...

Wednesday, August 1, 2012

Meatballs Spegheti

bosannyer hari ni, terpaksa berbuka puasa ngan athirah jer...
ayah balik lambat dan terus berbuka di office...so masak spegheti jer la, lagi pun athirah makan banyak kalo masak spegheti..

kalo sesiapa yang x tau nak masak spegheti, meh sini olin ajarkan...cheeehhhhh...macam pandai sangat masak. untuk diri sendiri lepasla...hehehehehe....

Bahan-bahannya adalah:
(hidangan untuk 5 orang)
1. 1 sudu minyak masak
2. 3 ulas bawang putih (diketuk atau dicincang)
3. Daging kisar
4. Meatball (beli yang dah siap kat pasaraya, mudah, senang dan ringkas
5. Sos spegheti preego (yang dalam botol seperti gambar di bawah)
6. Sos spegheti berkrim (yang dalam tin seperti gambar di bawah)
7. Cendawan butang (dihiris nipis)
8. Mee spegheti
9.

Cara memasak:

Mee Spegheti direbus sehingga lembut.
Apabila mee spegheti sudah lembut, angkat & toskan mee spegheti.
Semasa mee spegheti ditos, gaulkan mee spegheti yang masih panas dengan planta/marjerin agar mee spegheti tidak kering.

Meatball digoreng tanpa minyak sehingga separuh masak.

Sos spegheti

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
3. Masukkan daging kisar yang telah dibasuh
4. Biarkan daging kisar menjadi garing
5. Masukkan meatbal yang dah digoreng separuh masak tadi dan cendawan butang
6. Masukkan 1/2 botol (botol besar) sos preego bewarna merah
7. Masukkan 1/2 tin sos preego berkrim
** Biarkan kuah sehingga mendidih dan boleh ditambah air sekiranya kuah terlalu pekat.

siap untuk dihidangkan...sangat menyelerakan...

alamak tinggal sebiji jer lagi

banyak sungguh budak kecik ni makan, sampai comot mulut tu...kene mandi la lepas nihhh...

tapi tetiba jer ayah balik sbb nak tgk kami yang terputus bekalan elektrik kat rumah. ingatkan elektrik kene potong sbb lambat bayar bil, rupa2...memang semua rumah...
rezeki ayah la nak makan meatball spegheti...
selamat mencuba...