HOME

Tuesday, December 11, 2012

Ujian dariNya...

 
 
4 Disember 2012
 

Hari ni taska telefon, badan Athirah panas...so balik kerja petang tu terus bawa Athirah ke klinik. Lepas dah makan ubat, batuk dia masih tak ok dan badan dia masih panas.
Esok ibu cutila sebab tak sampai hati pulak nak hantar Athirah ke taska.
 
5 Disember 2012
 
Demam2 pon masih request na makan kek. Ibu pon buat la cheese cake untuk sayang ibu nih.
 

6 Disember 2012

Keadaan Athirah tak berkurangan. Selalunya dia akan demam sehari jer. Rasa macam tak sedap hati, so terus bawa Athirah ke klinik. Bila doktor check, doktor cakap Athirah perlu dihantar ke hospital. Sebelum ni Athirah cuma ada masalah tonsil yang bengkak dan hampir bernanah...tapi kali ni doktor mengesahkan paru2 Athirah dijangkiti kuman. Masa tu, hanya tuhan yang tahu apa perasaan ini...
 
7 Disember 2012

On the way ke hospital, tak payah cakap la...air mata ni mencurah2 dah tak boleh tertahan.Tepat pukul 1.00 pagi Athirah dah terlantar di atas katil di emergency unit, Hospital Putrajaya.


 
Owhhhh...baru ujian yang begini kecil aku tak mampu dah nak tanggung, tak tau la macam mana ibu2 lain yang menghadapi dugaan yang lebih berat. 7 Disember 2012, genap umurku 29 tahun...Walaupun ramai rakan2 yang wish birthday pada aku, namun semuanya tidak memberi makna pada aku. Tapi aku tetap bersyukur, kerana masih memunyai kawan2 yang mengambil berat dan mendoakan kesihatan Athirah dari jauh.
 
Selepas 2 jam Athirah dimasukkan air, result darah ok dan result x-ray menunjukkan jangkitan kuman tu hanya sedikit sahaja...athirah dibenarkan pulang. Syukur Alhamdulillah...
 

Hari ni hari ke 4, keadaan dalam dan luar mulut Athirah sangat kering. Dalam mulut dipenuhi dengan ulser, langsung tak makan...Minum pon perlu dipaksa. Malam, pergi ke klinik semula untuk memastikan keadaan paru2 Athirah. Syukur Alhamdulillah...keadaannya masih stabil walaupun jangkitan kumannya belum pulih sepenuhnya...
 
 
Hari ni genap seminggu Athirah tidak sihat. dah seminggu dia tak makan nasi dan menyusu...hanya minum air masak. Berat dia pun dah turun 3kg dalam seminggu. Semalam bawa Athirah ke Pediatrik, Hospital Putrajaya...keadaan paru2 Athirah semakin baik. Cuma ulser di dalam mulut masih belum berkurangan.
Dah seminggu aku dengan enchik hubby bergilir2 menjaga Athirah. Cepatla sembuh sayang...dah lama dah tak dengar suara...rindu sangat...Ya Allah Ya Tuhan ku...andai kata kesakitan itu boleh dipindahkan kepada aku, aku rela menerimanya Ya Allah...Engkau pulihkanlah kesihatan anak ku Ya Allah...
 
 
 

Friday, November 23, 2012

Mari mengimbas sejarah | Palestine vs Israel

 
Sangat comel wajah yang tidak berdosa ini. Baru berumur setahun jagung dah mula rasa penderitaan yang sangat berat. Cuba bayangkan anak2 kita yang berada di sana. Huhhhh...tak tergambar rasanya. Marila kita sama2 berdoa agar penderita saudar2 kita berakhir. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang...
 
 
Jom kita cuba imbas kembali sejarah lampau "Mengapa Israel ingin menawan Palestin?". "Apakah dosa rakyat palestine?"

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
 
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
 
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal

Kita susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada kisah Nabi Musa. Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.
 

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.
 
 
Sumber:
 
 
 

Wednesday, November 21, 2012

LARANGAN untuk pengantin baru

 
 
Perkongsian untuk hari ini...terbaca di satu blog, sebelum ni tak pernah tau pun...
 
RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :
"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu
dan Allah s.w.t. menurunkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.
 
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

‎'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

 
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.
 
"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."
 
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
 
So sama2la kita mengamalkannya...

 
Sumber:
 

Wednesday, November 14, 2012

AJIBOY | sangat teruja

  
Cuti2 ni tak tahu nak buat apa. Enchik hubby pulak sibuk sangat dengan kerja sampaikan tak boleh cuti. So dari semalam dah berangan nak bawa Athirah pergi tengok movie. Boleh ker anak dara ni???? Kang menangis pulak dalam panggung tu, hahhhhh kan dah membazir duit tiket...cuba jer la..
 
Aku ni pon...boleh ker nak bawak anak dara ni tanpa ada enchik hubby??? Dah lebih 3 tahun dah tak tengok movie. Last tengok cerita Papadom. Itu pon ramai2 dengan ofismate. Try jer la...kat mana orang beratur, aku ikut jer la....heheheheeheh....
 
Nak tengok movie apa???? Orang kata, sekarang ni citer Istanbul Aku Datang memang best. Tapi sesuai ker untuk anak dara ni??? Last2 dah amek keputusan nak nengok citer Ajiboy...
 
 
Dari pagi dah bersiap nak pergi Alamanda nihhh...Athirah dah excited nak tengok tv besar. Sampai jer kat depan GSC, makkk aiiiiii...ramainya orang, almaklumla...cuti sekolah...beraturla kami 2 beranak. Nasib baik mood athirah masih cool. Tak sabar nak tengok apa reaksi dia bila masuk panggung.


 
Wwwaaahhhhhhh...dia sangat2 teruja...sempat la ambil beberapa keping gambar untuk menjeleskan Enchik Hubby...OOowwwhhhh...tak boleh on flash, silau...
 

 

 Mula2 duduk senyap jer...kaku, yer la kannnnn...lampu samar2 jer..

 
Tak lama lepas tu...tangan dah mula merayap cari popcorn...kelakar pulak tengok gelagat Athirah...Aku yang teruja sebenarnya...sbb first time bawa Athirah pergi tengok movie...

 
 
 
 Sampai habis cerita, dia punya excited tak habis2...Ingatkan dia akan tidur sebab dah penat main sebelum masuk. Habis popcorn dia makan...
Keluar jer panggung dia terus ajak balik. Katanya penat....dah tak nak makan. Masuk jer kereta, terus tidur...
Sampai  ke malam asyik bercerita dengan ayah pasal tv besar dia. penuh keterujaan...
 
 
 

Sunday, October 21, 2012

Piala Malaysia 2012 | Kelantan vs ATM

Confius seketika, sejak bila pulak aku minat bola???
rasa2nye sejak berkahwin dengan orang hantu bola kottt...sbb sebelom ni langsung x pernah tgk bola dan x pernah kenal pon sapa2 yg main bola...
 
Semalam, walaupun x ader tiket...kami sekeluarga tetap pergi ke Stadium Shah Alam semata2 untuk merasai kehangatan Piala Malaysia 2012.
 
Kagum sekejap tengok penyokong2 yang sanggup datang walaupon jauh...owwwhhhhh...baru aku tau cam ni rupanya keadaan stadium sebelum perlawanan bermula yerrr...tahniahhhla pasukan The Red Warriors yang telah mengalahkan pasukan ATM 3-2...Piala ke 3 bagi tahun 2012 yer...hebat...hebat...caiiiyyokkkkk apek...heheheehh...tetiba pulak..
 
TAHNIAHHHH THE RED WARRIORS!!!!!
 
 
 

baru nak beli jersi...athirah pon cofius kenapa semua orang pakai baju yg sama dengan dia...
 


baju size paling kecil
 



 
Penyokong cilik The Red Warriors
 

Sanggup mengecat muka...lama lagi nak tunggu ni dik, ni baru pukul 4 ptg...boleh bertahan sampai malam ker...
 


Macam2 gaya dan cara...janji mereka puas...



 
lautan merah...nak juga ambil gambar penyokong ATM, tapi x nampak pulak...semuanya manusia berbaju merah...

 
tak terkira berapa buah bas, kereta dan motosikal...yang penting banyaklah...hehehheh...
 
 
Syabas pasukan keselamatan negara...kene stanby ni, yer la kannn...
takut jugak dalam ramai2 ni ada pulak yang buat kacau...
 
 
polis berkuda ni nak buat apa pulak???? tak lari ke kuda2 tu bila dengar sorakan gollllll nanti...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Terima kasih abang2 polis



 
pakcik...cepattttt...orang dah mula masuk stadium tu...
 

 
okayyyy...dah tengok semua, kami nak balik dahhhhh...bye...
 
 
 

Tuesday, October 9, 2012

Debaran PMR 2012


Dari semalam lagi dah rasa berdebar...haishhhhh...orang lain nak PMR, aku plak yang berdebar. Yer la...sorang ni jer la adik yang aku ada, dah tak der yang lain dah...
Degil ker...malas ker...yang ni la buah hati pengarang jantung...hari ni hari pertama, tak tau la camner. Boleh buat tak???
Semalam dah call bagi wasiat panjang lebar. Tak tau la masuk dalam ingatan ker tak. Macam aku dulu2 la kan...masa mak ngan ayah suruh belajar, tak nak belajar...bila dah tua bangka ni baru la nak menyesal. Kalo boleh nak suruh masa tu berpatah balik. Skarang ni dah x der makna dah...teruskan jer la hidup...tak boleh berputus asa...caiiiyookkkkk...
 
 


Sunday, September 30, 2012

My lil' Brother | Teletubbies

 
 
Malam tadi Athirah tertekan channel cerita Teletubbies. Teringat pulak masa zaman kecik2 adik olin sangat suka tengok citer ni...padahal watak2 dalam citer ni semua tak bercakap...sampai lunyai cd tu sebab selalu sangat ulang citer ni...
 
 

Saturday, September 29, 2012

Tutorial | Kelopak bunga jatuh berguguran

 
petang2 sabtu ni terasa nak share satu toturial plak untuk rakan2 blogger...
rasa2nya ramai yang dah tau, tapi boleh juga la olin share dengan kawan2 yg masih belum tau...
boleh kita belajar bersama2...
 
pergi ke DESIGN :: PAGE ELEMENT :: ADD GADGET :: HTML

kemudian, copy and paste kod dibawah

<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>if(!image_urls){var image_urls=Array()}if(!flash_urls){var flash_urls=Array()}image_urls['rain1']="http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png";image_urls['rain2']="http://4.bp.blogspot.com/-teXCIicWPF4/TpWcLLg0A2I/AAAAAAAAG0U/IPPCr1gponc/pinkpetal2.png";image_urls['rain3']="http://3.bp.blogspot.com/-3JG9HLECCRU/TpWcLZGSYtI/AAAAAAAAG0g/zIJINua93TE/redpetal1.png";image_urls['rain4']="http://2.bp.blogspot.com/-BByhQEK5E24/TpWcLux4xRI/AAAAAAAAG0s/x2hIr1AV_Ac/redpetal2.png";$(document).ready(function(){var c=$(window).width();var d=$(window).height();var e=function(a,b){return Math.round(a+(Math.random()*(b-a)))};var f=function(a){setTimeout(function(){a.css({left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100)}).animate({top:(d-10)+'px'},e(7500,8000),function(){$(this).fadeOut('slow',function(){f(a)})})},e(1,8000))};$('<div></div>').attr('id','rainDiv')
.css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i<=20;i++){var g=$('<img/>').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)])
.css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});</script>
<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="
http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>$(document).ready(function(){var a=$('<img>').attr({'src':'http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png','border':0});$('<a></a>').css({position:'absolute',right:'0px',top:'22px','z-index':'90'}).attr({'href':'http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/10/tutorial-kelopak-bunga-berguguran-di.html'}).append(a).appendTo('body')});</script>

kemudian SAVE

dah pon siap... so hasilnya seperti di bawah...







Wednesday, September 26, 2012

Lala goreng berlada

 
Dah lama mencari lala, setiap kali pergi pasar...mesti cari lala. Mungkin bukan musim kottt...tapi minggu lepas, ehhh banyak pula cik lala ni kat pasar. Hahhh..apa lagi, beli la...x sabar dah ni nak makan lala...
 


BAHAN-BAHANNYA :-)
  •  1 kg lala segar cuci bersih dan toskan
  •  2 batang serai, dititik
  •  4 biji bawang merah, hiris halus
  •  3 ulas bawang putih, diketuk
  •  1 inci halia, diketuk
  •  1 camca besar sos tiram
  •  3 tangkai cili kering, hiris serong dan rendam dengan air panas
  •  Sedikit garam
  •  2 camca besar minyak untuk menumis
 
CARA MEMBUATNYA :-)
 
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kering dan goreng hingga wangi. Masukkan bawang hiris, bawang putih, halia dan serai. Kacau rata.
  2. Tambah sos tiram, gaul rata dan masukkan lala. Gaul hingga rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan). Tutup kuali dan masak 5 minit dengan api kuat. Kacau rata sehingga cengkerang lala kemerahan dan tambah sedikit garam jika perlu.
  3. Kalo nak ada bau wangi sket, boleh tambah daun 2 helai limau purut. Dah pon siapppp...sedia untuk dihidangkan...


Sunday, September 23, 2012

Jom belajar masak kuah lodeh

 
 

BAHAN KUAH LODEH :


  • 1/4 biji kobis bulat, dihiris, cuci dan toskan
  • 15 tangkai kacang buncis, hiris serong
  • 2 keping tauhu keras, dadu besar
  • 70 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 2 keping tempe, didadu
  • 1/2 biji sengkuang, hiris memanjang
  • 1 biji lobak merah saiz sederhana, hiris memanjang
  • 1 cekak soo hoon, kerat
  • 2 batang serai, dititik
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 1.5 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
 
BAHAN KISAR HALUS :
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan
 
BAHAN-BAHAN LAIN :
  • Nasi impit secukupnya
  • Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
 

Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum, tambah 1/3 camca teh serbuk kunyit dan tumis sekejap lagi. Masukkan tempe, sengkuang dan lobak merah, kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Tambah fucuk, kobis dan kacang buncis, gaul rata, biar sayur lembut. Masukkan soo hoon, tauhu dan tuang santan pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan sedia untuk dimakan...
 
 
 

Monday, September 17, 2012

MALAYSIA DAY Part 4: Burger Bakar | Seksyen 7, Bandar Baru Bangi


Semalam selepas puas melepak di Dataran Putrajaya, ingatkan nak balik rumah. Sampai jer separuh jalan, teringat pulak opismate pernah bagitahu burger bakar kat Taman Mesra, Kajang sedap.
 
Alamak...macam teringin nak makan burger bakar la pulak...so encik hubby pon menggoogle la map nak ke Taman Mesra, Kajang...
 
Alhamdullilah...sampai la ke tempat yang hendak dituju...tetapi malangnya...TUTUPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!! huuuaawaaaaaaaaaa....nak makan burger bakar jugak malam ni....
 
encik hubby cakap..."macam pernah tengok stall burger bakar kat Seksyen 7...try la pi sana...jengggg...jengggg...jengggg...


wahhhh...ini ker rupa burger bakar...macam mana nak makan nihhh...besarnya...


 


memang menyelerakan

 
Athirah teruja dengan kebesaran saiz burger

 
nganga seluas2nya


 
kekenyangan...abis licin dikerjakan...tak cukup dengan itu, kami menapau sebiji lagi burger bakar. heheheheeehh..memang macam nak pecah perut dibuatnya...

 
abang burger tak menang tangan nak layan customer...olin tengok ramai juga customer dia...

 
 kepada rakan2 yang nak mencuba, bolehla cari stall burger bakar ni...stall dia berhadapan dengan Restoran Asam Pedas, Seksyen 7, Bandar baru Bangi. kat area Sup Urat Ketin (UK).