HOME

Sunday, September 30, 2012

My lil' Brother | Teletubbies

 
 
Malam tadi Athirah tertekan channel cerita Teletubbies. Teringat pulak masa zaman kecik2 adik olin sangat suka tengok citer ni...padahal watak2 dalam citer ni semua tak bercakap...sampai lunyai cd tu sebab selalu sangat ulang citer ni...
 
 

Saturday, September 29, 2012

Tutorial | Kelopak bunga jatuh berguguran

 
petang2 sabtu ni terasa nak share satu toturial plak untuk rakan2 blogger...
rasa2nya ramai yang dah tau, tapi boleh juga la olin share dengan kawan2 yg masih belum tau...
boleh kita belajar bersama2...
 
pergi ke DESIGN :: PAGE ELEMENT :: ADD GADGET :: HTML

kemudian, copy and paste kod dibawah

<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>if(!image_urls){var image_urls=Array()}if(!flash_urls){var flash_urls=Array()}image_urls['rain1']="http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png";image_urls['rain2']="http://4.bp.blogspot.com/-teXCIicWPF4/TpWcLLg0A2I/AAAAAAAAG0U/IPPCr1gponc/pinkpetal2.png";image_urls['rain3']="http://3.bp.blogspot.com/-3JG9HLECCRU/TpWcLZGSYtI/AAAAAAAAG0g/zIJINua93TE/redpetal1.png";image_urls['rain4']="http://2.bp.blogspot.com/-BByhQEK5E24/TpWcLux4xRI/AAAAAAAAG0s/x2hIr1AV_Ac/redpetal2.png";$(document).ready(function(){var c=$(window).width();var d=$(window).height();var e=function(a,b){return Math.round(a+(Math.random()*(b-a)))};var f=function(a){setTimeout(function(){a.css({left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100)}).animate({top:(d-10)+'px'},e(7500,8000),function(){$(this).fadeOut('slow',function(){f(a)})})},e(1,8000))};$('<div></div>').attr('id','rainDiv')
.css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i<=20;i++){var g=$('<img/>').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)])
.css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});</script>
<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="
http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>$(document).ready(function(){var a=$('<img>').attr({'src':'http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png','border':0});$('<a></a>').css({position:'absolute',right:'0px',top:'22px','z-index':'90'}).attr({'href':'http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/10/tutorial-kelopak-bunga-berguguran-di.html'}).append(a).appendTo('body')});</script>

kemudian SAVE

dah pon siap... so hasilnya seperti di bawah...







Wednesday, September 26, 2012

Lala goreng berlada

 
Dah lama mencari lala, setiap kali pergi pasar...mesti cari lala. Mungkin bukan musim kottt...tapi minggu lepas, ehhh banyak pula cik lala ni kat pasar. Hahhh..apa lagi, beli la...x sabar dah ni nak makan lala...
 


BAHAN-BAHANNYA :-)
  •  1 kg lala segar cuci bersih dan toskan
  •  2 batang serai, dititik
  •  4 biji bawang merah, hiris halus
  •  3 ulas bawang putih, diketuk
  •  1 inci halia, diketuk
  •  1 camca besar sos tiram
  •  3 tangkai cili kering, hiris serong dan rendam dengan air panas
  •  Sedikit garam
  •  2 camca besar minyak untuk menumis
 
CARA MEMBUATNYA :-)
 
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kering dan goreng hingga wangi. Masukkan bawang hiris, bawang putih, halia dan serai. Kacau rata.
  2. Tambah sos tiram, gaul rata dan masukkan lala. Gaul hingga rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan). Tutup kuali dan masak 5 minit dengan api kuat. Kacau rata sehingga cengkerang lala kemerahan dan tambah sedikit garam jika perlu.
  3. Kalo nak ada bau wangi sket, boleh tambah daun 2 helai limau purut. Dah pon siapppp...sedia untuk dihidangkan...


Sunday, September 23, 2012

Jom belajar masak kuah lodeh

 
 

BAHAN KUAH LODEH :


  • 1/4 biji kobis bulat, dihiris, cuci dan toskan
  • 15 tangkai kacang buncis, hiris serong
  • 2 keping tauhu keras, dadu besar
  • 70 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 2 keping tempe, didadu
  • 1/2 biji sengkuang, hiris memanjang
  • 1 biji lobak merah saiz sederhana, hiris memanjang
  • 1 cekak soo hoon, kerat
  • 2 batang serai, dititik
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 1.5 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
 
BAHAN KISAR HALUS :
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan
 
BAHAN-BAHAN LAIN :
  • Nasi impit secukupnya
  • Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
 

Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum, tambah 1/3 camca teh serbuk kunyit dan tumis sekejap lagi. Masukkan tempe, sengkuang dan lobak merah, kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Tambah fucuk, kobis dan kacang buncis, gaul rata, biar sayur lembut. Masukkan soo hoon, tauhu dan tuang santan pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan sedia untuk dimakan...
 
 
 

Monday, September 17, 2012

MALAYSIA DAY Part 4: Burger Bakar | Seksyen 7, Bandar Baru Bangi


Semalam selepas puas melepak di Dataran Putrajaya, ingatkan nak balik rumah. Sampai jer separuh jalan, teringat pulak opismate pernah bagitahu burger bakar kat Taman Mesra, Kajang sedap.
 
Alamak...macam teringin nak makan burger bakar la pulak...so encik hubby pon menggoogle la map nak ke Taman Mesra, Kajang...
 
Alhamdullilah...sampai la ke tempat yang hendak dituju...tetapi malangnya...TUTUPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!! huuuaawaaaaaaaaaa....nak makan burger bakar jugak malam ni....
 
encik hubby cakap..."macam pernah tengok stall burger bakar kat Seksyen 7...try la pi sana...jengggg...jengggg...jengggg...


wahhhh...ini ker rupa burger bakar...macam mana nak makan nihhh...besarnya...


 


memang menyelerakan

 
Athirah teruja dengan kebesaran saiz burger

 
nganga seluas2nya


 
kekenyangan...abis licin dikerjakan...tak cukup dengan itu, kami menapau sebiji lagi burger bakar. heheheheeehh..memang macam nak pecah perut dibuatnya...

 
abang burger tak menang tangan nak layan customer...olin tengok ramai juga customer dia...

 
 kepada rakan2 yang nak mencuba, bolehla cari stall burger bakar ni...stall dia berhadapan dengan Restoran Asam Pedas, Seksyen 7, Bandar baru Bangi. kat area Sup Urat Ketin (UK).

 


MALAYSIA DAY Part 3: Jom kita berbasikal


Sempena cuti Hari Malaysia semalam, kami mengambil kesempatan keluar beriadah. Dah lama juga tak keluar sekitar Putrajaya ni. Asyik duduk terperap kat rumah jer...
 

persiapan sebelum menunggang 


dah besar rupanya anak dara ibu nihhh...sekejap jer masa berlalu
 


 
senyummmm...1...2..3...cliks...hahhh ni time mood anak dara ni nak berposing, kalo dia x der mood...langsung x nak bergambar...
 

 
 
 
sempat encik hubby candit gambar si comel nihhh...berpeluh-peluh mengayuh basikal. tuannya kecil molek...tapi mengayuh basikal punyala laju...ciptaan Allah yang sangat berharga...
 
 

Sunday, September 16, 2012

MALAYSIA DAY Part 2: Saya bangga, saya anak Malaysia

 
perbezaan dahulu dan sekarang... Malaysia dah semakin membangun... kita sebagai anak Malaysia peliharalah maruah negara kita.
 
 
 
 
 
 video clip yang sangat comeiiii...mencuit hati.
 
 

MALAYSIA DAY Part 1: SELAMAT HARI MALAYSIA


SELAMAT HARI MALAYSIA kepada semua rakyat Malaysia. Saya amat berbangga menjadi salah seorang anak Malaysia...
Jom kita imbas kembali sejarah negara kita...

Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party-PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.

Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.

Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama British-Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia.

Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.

Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka.

Sumber:
www.sejarahmalaysia.pnm.my

Surprise birthday party untuk encik hubby


HAPPY BIRTHDAY hubby!!!!!...yang ke-29 tahun....
yang sebenarnya birthday hubby 19 September...tapi dah kebetulan jang ngan tinot ada kat sini minggu ni...so sesajer celebrate awal....
hahaahhaahhaahha....
 

 







 terasa sangat kesunyian sejak ilsm wujud. semua kawan2 dah dok jauh...kalo dulu, pantang ada makan2 kat rumah ni...penuh la semua datang. nasib baik la minggu ni jang & tinot ada urusan kat sini...thanks yer jang & tinot kerana bersusah payah menjayakannya...