HOME

Wednesday, August 1, 2012

Meatballs Spegheti


bosannyer hari ni, terpaksa berbuka puasa ngan athirah jer...
ayah balik lambat dan terus berbuka di office...so masak spegheti jer la, lagi pun athirah makan banyak kalo masak spegheti..

 
kalo sesiapa yang x tau nak masak spegheti, meh sini olin ajarkan...cheeehhhhh...macam pandai sangat masak. untuk diri sendiri lepasla...hehehehehe....

Bahan-bahannya adalah:
(hidangan untuk 5 orang)
  1. 1 sudu minyak masak
  2. 3 ulas bawang putih (diketuk atau dicincang)
  3. Daging kisar
  4. Meatball (beli yang dah siap kat pasaraya, mudah, senang dan ringkas
  5. Sos spegheti preego (yang dalam botol seperti gambar di bawah)
  6. Sos spegheti berkrim (yang dalam tin seperti gambar di bawah)
  7. Cendawan butang (dihiris nipis)
  8. Mee spegheti
  9.  




Cara memasak:

Mee Spegheti direbus sehingga lembut.
Apabila mee spegheti sudah lembut, angkat & toskan mee spegheti.
Semasa mee spegheti ditos, gaulkan mee spegheti yang masih panas dengan planta/marjerin agar mee spegheti tidak kering.

Meatball digoreng tanpa minyak sehingga separuh masak.



Sos spegheti

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
  3. Masukkan daging kisar yang telah dibasuh
  4. Biarkan daging kisar menjadi garing
  5. Masukkan meatbal yang dah digoreng separuh masak tadi dan cendawan butang
  6. Masukkan 1/2 botol (botol besar) sos preego bewarna merah
  7. Masukkan 1/2 tin sos preego berkrim
** Biarkan kuah sehingga mendidih dan boleh ditambah air sekiranya kuah terlalu pekat.


siap untuk dihidangkan...sangat menyelerakan...




alamak tinggal sebiji jer lagi
 



banyak sungguh budak kecik ni makan, sampai comot mulut tu...kene mandi la lepas nihhh...

tapi tetiba jer ayah balik sbb nak tgk kami yang terputus bekalan elektrik kat rumah. ingatkan elektrik kene potong sbb lambat bayar bil, rupa2...memang semua rumah...
rezeki ayah la nak makan meatball spegheti...
selamat mencuba...

 

No comments:

Post a Comment